Powered By Blogger

Thursday 29 December 2011

ak bengang sgt... bila interlok diganti dgn konserto terakhir... homewor lain smua tak buat semata-mata bt folio interlok n tiba-tiba kne buat yg konserto terakhir plak... ap nie????
bengang la... fizik x  bt lg.. chem pn x siap gk... few days lg ak dh nk msuk blik asrama... xtau la ap nk jd.. ntah la klau diikutkan ak pn mls sbnarnye nk msuk asrama, tak ad hati.... bukan pasal folio nie je, psal benda lain pun.. hati ak nie xad kat skolah tu.. ak trlalu syg kt skolah lama ak wlaupun sh sthun ak pndah sklah bru tu...

Friday 25 November 2011

MOHABBATIEN

aku berhenti di pertengahan jalan,
duduk sendirian dan akhirnya
aku hilang keyakinan diri,
aku kelu dan tak terkata

adakah ini cinta???

PERHIASAN JALANAN

Dia berjalan sendirian, basah kuyup dicucuri titis-titis hujan di tepian jalanan.Gerimis, adakah mampu menghapuskan sisa-sisa kedukaan di kalbunya. Jhonny, seekor anak kucing siam yang terpaksa menjalani liku-liku kehidupan bersendirian, disebalik lorong-lorong kecil di kawasan beli-belah terkenal Malaysia, Bukit Bintang. Ibunya dikatakan telah mati setelah dilanggar sebuah Mercedez Benz dihadapan pusat beli-belah Pavilion semasa dia masih kecil.
Kasihan anak kecil itu, badannya comot, berlumuran dengan minyak yang ditumpahkan oleh manusia di sekelilingnya. Kejam, hanya itulah yang boleh dia perkatakan. Dia hanyha mampu berjalan dan terus berjalan mengharapkan sedikit ehsan daripada manusia yang lalu lalang disitu, apabila terasa penat, dia berhenti menghikangkan lelah. Mujurlah, tadi ada seorang hamba Allah yang berhati mulia telah memberikan sedikit makanan kepadanya. Mungkin hanya itulah rezekiny pada hari tersebut. Tidak mengapa, semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa hambaNya itu.
Hari ini, dia berjalan lagi. Merayau-rayau dihadapan kedai tas tangan yang berjenama, Gucci. Dilihatnya seorang gadis keluar dari kedai tersebut dengan menjinjit beg kertas. Mungkin sudah terbeli salah satu tas tangan yang dipamerkan di kedai tersebut. Alangkah bertuahnya gadis itu, mempunyai seorang ibu yang mampu mencurahkan kasih sayang yang cuku sempurna padanya. Gadis itu hanya memandang sepi kearahnya.
"meow" dia bersuara. mengharapkan sekiranya gadis itu ada memiliki sedikit malanan untuk diberikan kepadanya.
"maaf ya si comel, aku tak ada makanan"
sekali lagi dia harus berlapar.
Di kejauhan dia terlihat sebuah beg plastik di atas kaki lima kedai. Ah, manusia semakin pengotor. Apa kata pelancong luar sekiranya mereka terlihat perlara sebegini? Sungguh memalukan. Dia mendekatkan dirinya dengan beg plastik tersebut.
"wah, ayam"
akhirnya dapatlah dia menjamah sedikit makanan pada hari itu.
'hey comel, kau lapar ya?'
seorang kanak-kanak lelaki berpakaian segak datang menghampirinya.
Dia mengangkat Jhonny ke pangkuannya. menggosokkan tangan ke kepala dan badan Jhonny.
Tidak lama kemudian sebuah kereta BMW menghampiri mereka, budak itu mengangkat Jhonny dan membawanya naik ke kereta tersebut.
"mulai hari ini kau akan jadi kucing peliharaan aku", katanya.
kereta terebut akhirnya meluncur laju meninggalkan kawasan Bukit Bintang membawa Jhonny bersama.